Page 121 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 121
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021
12.0 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM ‘JOM JENGUK ASRAMA’,
‘HOMEROOM ASRAMA SEMAJA’ dan SUBUH CARE DAN HAFAZAN
PELAJAR ASRAMA.
i) Melaksanakan dan menjayakan PROGRAM ‘JOM JENGUK ASRAMA’ , HOMEROOM ASRAMA SEMAJA’
dan SUBUH CARE DAN HAFAZAN PELAJAR ASRAMA dengan membantu warden memantau perkara-
perkara berikut :
a) Semua murid perlu mematuhi jadual prep, jadual solat, jadual mengaji al-Quran, jadual tugas harian dan
aktiviti
riadah.
b) Memastikan kawasan asrama bersih dan ceria
c) Memastikan murid yang sakit mendapat rawatan/ bantuan yang sewajarnya.
d) Memastikan semua program asrama dapat dilaksanakan dengan jayanya.
e) Memaklumkan kepada warden/Penyelia Asrama/PK HEM untuk sebarang tindakan segera yang perlu
diambil
khasnya yang berkaitan dengan keselamatan, kebersihan dan kebajikan.
ii) Guru bertugas untuk Program ‘Jom Jenguk Asrama’ perlu berada di asrama selama sejam pada waktu prep
malam (8.30 – 10.30 malam) atau prep siang (3.00 – 4.30 petang ) mengikut jadual waktu bertugas seperti di
bawah.
Catatan : Sekiranya guru berkenaan tidak berkelapangan pada waktu siang, guru DIGALAKKAN melakukan
pemantauan pada waktu malam kerana semua murid berada di asrama pada waktu malam.(SARANAN KPM)
iii) Bagi Program Homeroom pula, guru yang bertugas hendaklah datang ke dorm yang telah ditetapkan
mengikut jadual di bawah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Guru hendaklah membantu penghuni dorm
dari segi keceriaan dan kekemasan dorm tersebut.
iv) Bagi Program Subuh Care dan Hafazan Asrama, guru yang bertugas perlu memantau pelaksanaan program
tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
v) Guru Bertugas dikehendaki menulis laporan hasil pemantauan di asrama di dalam Buku Laporan JOM
JENGUK ASRAMA, HOMEROOM dan SUBUH CARE DAN HAFAZAN ASRAMA yang terdapat di pondok
Pengawal Keselamatan.
“Melestarikan pendidikan abad ke-21, meningkatkan
potensi murid menerusi pentaksiran bilik darjah
(PBD)”
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 2021 107

