Page 13 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 13
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021 8
Memohon Cuti
a. Sila semak di pejabat sekolah mengenai syarat-syarat memohon cuti yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan.
b. Guru-guru hendaklah memohon kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) melalui pengetua
apabila hendak ke Luar Negara semasa cuti sekolah atau cuti penggal persekolahan dengan menggunakan
borang permohonan yang betul.
c. Permohonan cuti di luar negara hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 40 hari sebelum tarikh
bercuti.
Kursus
a. Guru-guru hendaklah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PPD, JPN atau Kementerian Pendidikan.
b. Selepas berkursus, mesyuarat atau taklimat di luar sekolah, guru hendaklah mengisi minit curai yang
disediakan di pejabat sekolah.
c. Menyediakan tugasan kepada murid semasa guru berkursus
Hal-Hal Lain
a. Tiada kelas tambahan / aktiviti persatuan pada hari Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.20 petang dan
pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah pada masa tersebut.
b. Guru yang ingin mengadakan aktiviti pada hujung minggu hendaklah memaklumkan kepada pengetua
secara bertulis dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat.
Takwim Persekolahan

