Page 5 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 5
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021 1
Kata Alu-aluan Pengetua
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat kita meneruskan agenda pendidikan di SEMAJA bagi tahun 2021 ini. Pada
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah Tahun 2021 kerana telah
berjaya menyiap dan memperkemas buku ini dengan jayanya. Sesungguhnya, Buku
Panduan Pengurusan dan Takwim sekolah ini adalah sumber rujukan dan garis panduan
kepada guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dalam merangka pelaksanaan
tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang.
Tahniah juga untuk barisan guru yang telah mengangkat martabat sistem pendidikan
negara hingga berada pada tahap yang membanggakan. Komitmen daripada semua guru
dalam menerajui visi dan misi pendidikan negara untuk merealisasikan kemenjad ian murid
dan sekolah berkualiti amat dibanggakan. Walaupun penularan Pandemik Covid 19 dilihat
menjadi cabaran tetapi semangat juang para guru tidak luntur sama sekali kerana berpegang
kuat kepada janji tetap ditunaikan.
Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, sekolah seharusnya melaksanakan
pelbagai kompetensi antaranya pembelajaran abad ke-21 yang memberi penekanan kepada
5 Standard Asas PAK 21 (Komunikasi, Kreativiti, Kritis, Kolaborasi dan Nilai Murni & Etika),
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Kerangka Konsep PAK 21 (Kurikulum, Pedagogi dan
Pentaksiran), pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Seiring dengan itu, moto We Deliveryang
diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak menjadi aku janji, kebersamaan dan
komitmen setiap guru untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak didik di SEMAJA
lantaran merealisasikan visi Pendidikan Berkualiti Sekolah Unggul Murid Holistik. Dengan
ini, sudah menjadi tanggungjawab yang mesti digalas oleh seluruh warga pendidik di
SEMAJA untuk menggapai misi penyampaian pendidikan berkualiti untuk membangun
sekolah unggul bagi menyediakan murid holistik.
Saya yakin dan percaya bahawa SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan akan muncul
sebagai salah sebuah Sekolah Harian yang mampu menyediakan landskap pembelajaran
yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha menyediakan murid holistik. Selain
itu, saya juga melihat bahawa SMK Raja Muda Musa ini berpotensi menjadi wadah terbaik
dalam melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan
sahsiah yang akhirnya menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama,
bangsa dan negara.
Selamat menjalankan tugas bagi tahun 2021 ini. Semoga pada tahun ini SMK Raja Muda
Musa akan dapat mencapai prestasi yang membanggakan dan melakar kejayaan yang
gemilang dalam semua bidang. Apa-apa pun cabaran dan transformasi yang bakal dihadapi,
seharusnya diterima dengan fikiran yang positif dan minda yang terbuka luas dalam kita
melunaskan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan.
Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.
(HAJAH NORIZAN BINTI HUSSIN)
Pengetua
SMK Raja Muda Musa,
Teluk Intan, Perak.

