Page 195 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 195
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.2
LAMPIRAN L
CADANGAN PEMBIAYAAN
Petender dikehendaki mengemukakan kredit pembekal atau peraturan perjanjian pinjaman bagi
membiayai pembelian ini. Pinjaman tersebut seelok-eloknya hendaklah meliputi keseluruhan
jumlah tender ini. Kemudahan kredit atau perjanjian pinjaman yang dicadangkan itu hendaklah
menyebut perkara perkara yang berikut:
i) Jenis kemudahan;
ii) jumlah pinjaman;
iii) tujuan;
iv) mata wang;
v) faedah;
vi) tempoh akhir matang;
vii) tempoh pengeluaran;
viii) jadual pembayaran;
ix) tempoh penangguhan;
x) bayaran bank: yuran pengurusan, yuran perkhidmatan, perbelanjaan
dan lain-lain;
xi) dokumentasi;
xii) undang-undang tubuh;
xiii) tarikh mati/tamat/akhir tawaran (tarikh itu hendaklah bersamaan dengan tarikh
sah laku tender; dan
xiv) syarat-syarat lain yang berkaitan.

