Page 32 - SOROTAN SEJARAH HOSPITAL MELAKA
P. 32

PENJAJAHAN JEPUN







                                                                          1942 - 1945







                    Semasa era penjajahan Jepun, Hospital Melaka merupakan salah satu


                    hospital yang terbaik. Blok B dan C telah dijadikan Kolej Perubatan yang

                    dipanggil IKA DAIKAGU.






                    Terdapat kira-kira 200 pelajar perubatan daripada Singapura, Indonesia dan


                    juga Tanah Melayu. Terdapat beberapa tokoh seperti Tan Sri Dato’ Haji

                    Abdul Majid, Tan Sri Raja Ahmadm Nordin bin Raja Shahbudin, Datuk


                    Alhady, M.C. Poopathy dan M.C.Umapathy merupakan bekas pelajar di

                    kolej ini.






                    Proses pembelajaran dilakukan di dalam Bahasa Jepun. Latihan dan aktiviti

                    di sini sangat tegas dan berdisplin. Pelajar-pelajar terpaksa bangun awal


                    pagi untuk melakukan latihan kecergasan. Mereka mempunyai Jurulatih

                    Kecergasan yang terlatih untuk mengajar latihan kecergasan dan juga seni


                    mempertahankan diri (Martial Arts). Selain itu, pelajar-pelajar terpaksa


                    menebang pokok getah untuk dijadikan lapangan untuk menanam ubi

                    sebagai makanan harian..
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37