Page 135 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 135

Perangkap Hutang Sambung Bayar
                                                                                         IMBAS SAYA


              Encik Ahmad:          Saya telah menerima notis pembayaran tertunggak daripada pihak
                                    bank. Saya begitu tertekan kerana situasi ini boleh membawa
                                    kepada kebankrapan jika tidak diselesaikan segera.
              Puan Nurul Fadzlin:     Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?
              Encik Ahmad:          Dua tahun lepas, saya dihimpit masalah kewangan. Dalam keadaan
                                    terpaksa, saya telah menyerahkan kereta kepada seorang rakan.
                                    Dia menggunakan kereta tersebut dengan menyambung bayaran             9
                                    kepada pihak bank. Malangnya, saya tidak menukar nama saya           TEMA
                                    sebagai pemilik asal. Kini, dia pula tidak dapat dihubungi.
              Puan Nurul Fadzlin:    Oh, begitu! Pihak AKPK akan cuba membantu Encik Ahmad.
                                    Di AKPK, kami memberikan kaunseling dan nasihat secara
                                    bersemuka tentang pengurusan kewangan, khususnya
                                    isu berkaitan dengan kredit. Sejak tahun 2006 hingga
                                    30 November 2019, seramai 1 017 316 individu telah mendapatkan
                                    khidmat kaunseling di AKPK. Daripada jumlah itu, 303 278
                                    daripada mereka menyertai Program Pengurusan Kredit ini.




                           Jumlah Kebankrapan Mengikut Sebab Keberhutangan bagi                           Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
                                                  Tahun 2018





























                      (Sumber: http://www.bheuu.gov.my/pdf/Penerbitan/Laporan%20Tahunan%202018.pdf)



              1.1.2  Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul.
                                                                                                 111
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140