Page 174 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 174

Panduan Keselamatan Penggunaan Elektrik
            •  Menggunakan peralatan elektrik yang diluluskan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan
               Perindustrian Malaysia yang juga dikenali sebagai Standard and Industrial Research
               Institute of Malaysia (SIRIM).
            •  Melakukan pemeriksaan pendawaian pada bangunan oleh kontraktor yang berdaftar.
            •  Memastikan tiada kerosakan pada peralatan elektrik.
            •  Memastikan peralatan elektrik tidak disentuh dengan tangan yang basah.
            •  Mempamerkan tanda amaran semasa kerja berkaitan dengan elektrik sedang dijalankan.
            •  Memastikan tiada kabel bervoltan tinggi berdekatan dengan kawasan kerja.
            •  Memastikan sesuatu soket tidak dibebankan dengan terlalu banyak peralatan elektrik.
            •  Memastikan penyambung soket yang tidak diluluskan tidak digunakan.                         11
                                                                                                         TEMA

             Penguatkuasaan Peraturan dan Undang-undang
            •  Memastikan pendawaian elektrik hanya dilakukan
               oleh kontraktor yang berdaftar.
            •  Melaksanakan program audit dan pemeriksaan
               mengejut bagi memastikan pendawaian elektrik
               yang selamat.
            •  Meningkatkan pematuhan terhadap peraturan
               keselamatan bagi aktiviti kerja berhampiran                                                Dunia Selamat Milik Kita
               dengan pepasangan elektrik berbahaya.
            •  Memastikan langkah-langkah keselamatan
              di pepasangan elektrik dipatuhi sepenuhnya.
            •  Meningkatkan pematuhan terhadap kehendak
               kelulusan dan pelabelan peralatan elektrik
              di pasaran.
            •  Mengenakan denda terhadap pihak yang menjual
               barangan elektrik yang tidak mendapat kelulusan
               pihak SIRIM.
















                1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan
                    secara bertatasusila.
                                                                                                 147
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179