Page 259 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 259
TEMA 14: CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA
Halaman 186 – 187 (Soalan 2)
Ayat Terbitan
• Saya tidak mahu menghantarnya kepada syarikat penerbitan tetapi mahu
menerbitkannya sendiri.
• Anda ingin melihat karya anda dalam bentuk bercetak?
• Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari penerbit bagi merealisasikan
impian anda.
• Akan kami zahirkan impian anda menjadi kenyataan.
• Hubungi kami.
• Orkid Maryam telah pergi ke pejabat Syarikat Kasih Mustika untuk berunding tentang
penerbitan antologi cerpennya.
• Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Kasih Mustika?
• Kami menawarkan perkhidmatan penyediaan reka letak muka surat, rekaan kulit buku,
dan pencetakan.
• Bayaran yang diperlukan untuk menerbitkan buku sendiri berapa?
• Bayaran bergantung pada perkhidmatan yang diperlukan, ketebalan buku, dan jumlah
cetakan.
• Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penyuntingan dan pemasaran buku?
• Namun demikian, kami boleh mencadangkan nama beberapa orang penyunting jika
saudari memerlukannya.
• Untuk pemasaran buku, kami ada menyediakan perkhidmatan tersebut.
TEMA 15: INDUSTRI CEMERLANG, NEGARA GEMILANG
Halaman 196 – 197 (Soalan 2)
Ayat Majmuk Ayat Majmuk Ayat Majmuk Ayat Majmuk Ayat Majmuk
Gabungan Pancangan Pancangan Pancangan Campuran
Relatif Komplemen Keterangan
Kenaf atau Siapa sangka Hal ini Biji benih akan Antara aspek
nama pokok kenaf yang memberikan mula terhasil yang tidak kurang
saintifiknya menghasilkan gambaran apabila kenaf pentingnya dalam
Hibiscus bunga seperti bahawa kenaf berusia tiga penanaman kenaf
cannabinus L. bunga hiasan akan menjadi bulan. termasuklah
ialah sejenis mendatangkan antara komoditi pembajaan dan
pokok berserat seribu manfaat utama negara pengairan.
bukan berkayu kepada industri kita.
dan merupakan di negara ini.
tanaman jangka
pendek.
232

