Page 76 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 76
Seia Sekata
di Pentas Antarabangsa
Bacaan Luas
1. Berbincanglah tentang penglibatan Malaysia di pentas
antarabangsa.
Aktiviti 2. Terokai maklumat lanjut tentang kesatuan antarabangsa
yang lain dan persembahkannya.
Demi Kedamaian dan Kemakmuran Sejagat
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau Association
of Southeast Asian Nations (ASEAN) bermula daripada
4 lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina,
TEMA Singapura, dan Thailand. Semenjak penubuhannya
pada 8 Ogos 1967, ASEAN terus berkembang dengan
keanggotaan baharu merangkumi negara-negara lain
di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 1999, keanggotaan
ASEAN lengkap menjadi 10 buah negara apabila
Persatuan Negara-Negara menerima Kemboja sebagai negara terakhir menyertai
ASEAN selepas Brunei Darussalam, Vietnam, Lao PDR
Asia Tenggara
Bersatu Kita Teguh (ASEAN) Merencanakan hala tuju dan pembangunan ASEAN
dan Myanmar.
Penglibatan Malaysia dalam ASEAN
secara menyeluruh. Tonggak utama ASEAN berteraskan
1
tiga komuniti, iaitu Komuniti Politik-Keselamatan,
Komuniti Ekonomi, dan Komuniti Sosiobudaya.
Memastikan objektif yang termaktub dalam Deklarasi
2 ASEAN tercapai. Malaysia mengambil pendekatan
proaktif dengan melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif
dan keputusan yang berpaksikan kestabilan serantau
dan keamanan sejagat.
Mengetuai inisiatif untuk mengisytiharkan Visi Komuniti
3 ASEAN 2025 yang bertujuan bagi mewujudkan satu
identiti ASEAN yang menggembleng faktor kestabilan
politik, integrasi ekonomi, dan tanggungjawab sosial
yang berorientasikan rakyat sewaktu Malaysia menjadi
pengerusi ASEAN pada tahun 2015.
52

