Page 102 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 102

Pos Kuala Mu





                              1.  Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat daripada
                                 bahan.
                              2.  Laksanakan kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelancongan
                                 yang menarik di tempat anda. Kemudian, cadangkan usaha-usaha untuk
                                 mempromosikannya.


             TEMA 6                             Jom Berkelah


                   Tatkala terasa ingin keluar daripada hiruk-pikuk kota, bayangkan suasana damai
                   di pinggir hutan. Bayangkan juga kesegaran dan kenyamanan udara gunung serta deruan
                   jeram yang menjadi terapi minda yang kepenatan. Impikan juga nyanyian cengkerik yang
                   bersahut-sahutan menguliti tidur malam. Tatkala itu berlaku, jom ke Pos Kuala Mu, di Sungai
             Dunia Pelancongan
                   Siput, Perak untuk berehat dan menyatukan diri dengan alam semula jadi.






















                    Calet dan Tapak Perkhemahan                   Calet Dusun Kuala Mu
                    Kampung Gapeh                                    Mempunyai enam belas unit calet,

                       Mempunyai lima unit calet, satu               tandas, balai adat, ruang barbeku,
                       unit rumah papan dua bilik, tandas,           dan peralatan memasak serta tiga
                       ruangan barbeku, empat unit wakaf,            unit wakaf.
                       dan tapak perkhemahan.                        Lokasi calet di dalam dusun.
                       Antara aktiviti yang ditawarkan ialah         Antara aktiviti yang ditawarkan ialah
                       lawatan ke taman herba, memancing             pakej memancing, merentas hutan
                       ikan tengas, menjelajah Gunung Yong           ke Air Terjun Lubuk Taring, mendaki
                       Yap, dan menyaksikan tarian sewang.           hutan lumut Gunung Tapej, lawatan ke
                       Suhu airnya unik, iaitu sejuk dan             balai kraf tangan, dan nurseri herba.
                       suam kerana terletak di pertemuan
                       antara dua batang sungai, iaitu
                       Sungai Pelus dengan Sungai Mu.

                 80                                                                                                                                                                                                   81
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107