Page 110 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 110

Jebak Digital






                            1.  Baca, analisis, dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam
                               bahan. Kemudian, catat maklumat dalam bentuk pengurusan grafik
                               banding beza.
                            2.  Kenal pasti kata adjektif dalam bahan. Kemudian, gunakannya
                               semula dengan betulnya mengikut konteks.
                            3.  Kenal pasti teknik yang digunakan oleh penjenayah digital untuk
                               memerangkap mangsa dan bincangkannya.
             TEMA 7          Modus Operandi Sindiket Penipuan                                                                                                                                                                TEMA 7



                  Pengaruh teknologi  maklumat  dan  komunikasi  yang  kuat  dalam  kehidupan  pada  zaman
                  milenium ini menyebabkan modus operandi para penjenayah siber juga semakin canggih.
             Demi Kedamaian  semakin berleluasa dan masalah ini mesti dibanteras segera.                                                                                                                                     Demi Kedamaian
                  Kini, jenayah digital  yang menggunakan telefon  bimbit sebagai saluran modus operandi




                 Kes Pesona Cinta Siber
                Perkenalan di alam siber membungakan cinta dalam
                masa yang singkat lalu mangsa terjebak dalam cinta
                jarak jauh. Akibat lemas dalam ayat cinta dan janji manis
                yang amat mempesonakan, mangsa tidak ragu-ragu untuk
                berkorban wang ringgit dan harta benda asalkan orang yang
                disayangi dapat segera keluar daripada masalah yang direka.
                Selalunya penipuan ini lambat disedari, iaitu hanya setelah mangsa
                mengalami kerugian yang besar. Peristiwa ditipu bulat-bulat oleh
                penyangak siber sering terjadi terhadap mangsa yang lurus, pendiam,
                dan pendek akal. Peristiwa hitam ini menjadi kenangan pahit seumur
                hidup mereka. Oleh itu, berhati-hatilah. Janganlah terlalu mudah meletakkan
                kepercayaan kepada orang yang baru dikenali.


                Kes Penipuan Macau

                Dalam kes ini, penyangak digital begitu berani menyamar sebagai
                pegawai polis, pegawai mahkamah, pegawai bank, atau pegawai
                kastam. Mereka nekad menelefon mangsa dan membawa khabar
                buruk tentang keterlibatan mangsa dalam masalah perundangan atau
                kewangan. Penjenayah ini amat licik dan petah berkata-kata sehingga
                mangsa berasa gundah-gulana, cemas, kebingungan, dan ketakutan lantas
                benar-benar percaya bahawa mereka terlibat tanpa berfikir panjang. Mereka
                kemudiannya tanpa segan silu menawarkan bantuan untuk menyelesaikan
                masalah tersebut dan secara terang-terangan meminta bayaran. Namun,
                sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga.

                88                                                                                                                                                                                                   89
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115