Page 120 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 120

Soalan 4
                  Baca kedua-dua petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                  Petikan 1





                   Jam sudah menunjukkan pukul 6:00 pagi. Fajar sudah menyingsing. Cahaya matahari
                   sudah menyingkap tabir subuh memancarkan sinaran paginya ke arah Bukit Kepong. Bukit
                   Kepong mulai terang. Tembakan kedua-dua pihak terus hebat. Pasukan Sarjan Jamil Mohd.
                   Shah masih kuat bertahan, pasukan komunis masih gagal masuk ke kawasan kompleks
                   polis.
             TEMA 7    ditiupkan buat kali kedua. Bunyi tembakan musuh mula mereda, kemudian terus senyap.                                                                                                                   TEMA 7
                        Tiba-tiba Sarjan Jamil Mohd. Shah dan anak buahnya mendengar bunyi  bugle

                   Tiba-tiba suara parau berkumandang di udara melalui satu corong pembesar suara.
                        “Polis, ooii polis, menyerah!” jerit Madera.
                        “Polis, baik menyerah! Awak semua sudah terkepung!” jerit Madera sekali lagi.
             Demi Kedamaian  semangat. Jeritan Othman Yusuf  menaikkan  bulu  roma rakan-rakannya. Sarjan Jamil                                                                                                              Demi Kedamaian
                        “Polis tidak menyerah, kami tidak akan menyerah!” jerit Othman Yusuf penuh

                   Mohd. Shah dan anak buahnya akur sahaja dengan jawapan Othman Yusuf tadi.
                        “Kita ke sini bukan untuk menyerah, kita menjalankan amanah dan tanggungjawab!”

                   kata Sarjan Jamil Mohd. Shah kuat, memberikan semangat kepada anak buahnya.
                        “Polis tidak akan menyerah, kami akan lawan!" jerit kuat Sarjan Jamil Mohd. Shah.

                   Anak buahnya sedang bertahan di dalam kubu masing-masing mematikan diri sambil
                   bersiap sedia dengan senjata dihalakan ke arah musuh.

                                                                                         (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Bukit Kepong,
                                                                               Ismail Johari, 1999, Dewan Bahasa dan Pustaka)


                  Petikan 2





                                               Pahlawan dan Tanah Air

                                Pahlawan sejati,
                                Dalam hatinya bernyanyi,
                                Tanah air dan bangsa,
                                Di mana terpaut cinta mulia,
                                Untukmu darah ini mengalir,
                                Padanya jasad ini cair.

                                                     Usman Awang
                                                     1958
                                           (Sumber: Dipetik daripada Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara,
                                                       Usman Awang, 1991, Dewan Bahasa dan Pustaka)



                98                                                                                                                                                                                                   99
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125