Page 96 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 96

Tahan Menghijau




                              1.  Baca bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut
                                 dengan betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian
                                 Kendiri.
                              2.  Analisis penggunaan peribahasa dalam bahan. Kemudian, bina
                                 perenggan berdasarkan peribahasa yang sesuai dan hubung kaitkan
                                 maksudnya dengan betulnya mengikut konteks.
             TEMA 6           3.  Terokai maklumat tentang keistimewaan Gunung Tahan dan sediakan
                                 brosur yang dapat dijadikan panduan oleh pelancong.






             Dunia Pelancongan




















                                                   Panggilan Tahan


                                      Tatkala tiba di jeti Kuala Tahan, kami mulai memunggah barang-barang
                                     ke dalam bot panjang yang akan membawa kami ke seberang. Ketika itu,
                                   hujan halau mentua pun turun. Kak long kelam-kabut cuba menyelamatkan
                                 beg sandangnya daripada terkena air hujan. Tanpa banyak soal, adik
                                mengambil beg plastik yang agak besar lalu menyarungkan beg kak long ke
                              dalamnya. Kak long berasa kagum dengan tindakan adik.
                               “Wah, kecil-kecil cili padi!” Kembang hidung adik dipuji kak long.
                              “Itulah kak long. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.”
                          Sindir aku mengingatkan kak long tentang peristiwa semalam apabila kak long
                        mentertawakan adik yang menggunakan wang simpanannya untuk membeli beg
                       kalis air.
                        Kak long menjeling tajam lalu menjawab, “Ala, masalah kecil sahaja! Bukankah
                    peribahasa ada mengingatkan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah
                   di tepi pantai?”

                 74                                                                                                                                                                                                   75
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101