Page 140 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 140
Bayu laut
Udara
Daratan mempunyai muatan haba tentu yang lebih
panas
rendah daripada laut. Oleh itu, suhu daratan meningkat
dengan lebih cepat daripada suhu laut pada waktu Bayu laut
siang. Udara di daratan menjadi panas dan naik ke atas. Udara
Udara yang lebih sejuk daripada laut akan bergerak ke sejuk
arah daratan sebagai bayu laut.
Bayu darat
Udara
sejuk Laut mempunyai muatan haba tentu yang lebih tinggi
daripada daratan. Oleh itu, suhu laut menurun lebih
Bayu darat
Udara lambat daripada suhu daratan pada waktu malam. Udara
panas di atas permukaan laut yang panas akan naik ke atas.
Udara yang lebih sejuk daripada daratan akan bergerak
ke arah laut sebagai bayu darat.
Aktiviti 4.4 KIAK KMK
Tujuan: Mencari maklumat mengenai aplikasi muatan haba tentu
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam bentuk Round Table.
2. Dapatkan maklumat mengenai aplikasi muatan haba tentu yang berkaitan dengan:
(a) Kehidupan harian
(b) Kejuruteraan bahan
(c) Fenomena alam
3. Maklumat tersebut boleh didapati daripada sumber bacaan di perpustakaan atau
di Internet.
4. Setiap ahli kumpulan perlu mencatat maklumat yang diperoleh pada kertas yang sama.
5. Persembahkan hasil dapatan anda.
134 4.2.4

