Page 169 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 169

Bab 4
                                                                                            Haba
                 Contoh 3
                Tekanan dan suhu awal bagi udara di dalam tayar sebuah kereta masing-masing ialah 210 kPa
                dan 25°C. Selepas suatu perjalanan, tekanan udara di dalam tayar itu ialah 240 kPa.
                Hitungkan suhu udara di dalam tayar itu dalam °C.


                  Penyelesaian:
                Anggap isi padu tayar tidak berubah. Hukum Gay-Lussac digunakan.

                 P  = 210 kPa                          P     P
                   1                                    1     2
                 P  = 240 kPa                             =
                   2                                   T     T
                                                        1     2
                 T  = 25°C + 273                      210    240
                   1                                      =
                   = 298 K                            298    T
                                                               2
                 T  = Suhu akhir udara                       240 × 298
                   2                                    T  =
                                                         2     210
                                                           = 340.6 K
                                                     Suhu akhir udara = 340.6 – 273
                                                                      = 67.6°C



                   Latihan Formatif             4.4


                 1. Nyatakan kuantiti fizik yang malar dalam hukum Boyle, hukum Charles dan hukum
                   Gay-Lussac.

                 2. Sebuah picagari mengandungi 50 cm  udara pada tekanan 110 kPa. Hujung picagari itu
                                                    3
                                                                                                 3
                   ditutup dan ombohnya ditolak dengan perlahan sehingga isi padu udara menjadi 20 cm .
                   Berapakah tekanan udara termampat di dalam picagari itu?
                 3. Satu gelembung udara yang terperangkap di bawah sehelai daun di dalam sebuah tasik
                                             3
                   mempunyai isi padu 1.60 cm  pada suhu 38°C. Hitungkan isi padu gelembung jika suhu air
                   di dalam tasik turun kepada 26°C.

                 4. Tekanan di dalam sebuah silinder gas ialah 175 kPa pada suhu 27°C. Haba daripada sebuah
                   relau yang berhampiran menyebabkan tekanan gas bertambah kepada 300 kPa. Berapakah
                   suhu gas di dalam silinder itu?
                                                                             110
                                                                             100
                 5. Rajah 4.35 menunjukkan susunan radas untuk               90  80  Termometer
                                                                             70
                                                                             60
                   mengkaji hubungan antara tekanan dengan suhu              50
                                                                Kelalang     40  30
                   bagi udara di dalam sebuah kelalang dasar bulat.          20
                                                               dasar bulat   10
                                                                             0             Tiub
                   (a)  Kenal pasti empat aspek dalam susunan                –10
                                                                    Ais                    getah
                       radas ini yang boleh menjejaskan kejituan                      Air       Tolok
                       keputusan eksperimen ini.                   Kaki               Kasa      tekanan
                                                                   retort             dawai
                   (b)  Cadangkan pengubahsuaian yang perlu      Penunu
                       dilakukan untuk membaiki kelemahan        Bunsen               Tungku
                       yang dikenal pasti.                                            kaki tiga
                                                                              Rajah 4.35
                 4.4.5                                                                           163
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174