Page 177 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 177

Laman              Informasi



                                            Dewan Filharmonik Petronas yang terletak di dalam Menara
                                            Berkembar Petronas telah direka khas untuk persembahan
                                            orkestra muzik yang bertaraf dunia. Auditorium yang berbentuk
                                            shoe box  ini memberikan kesan bunyi terbaik dan berkualiti
                                            yang pastinya tidak akan menghampakan para peminat muzik.
                                                  Siling logam pada auditoriumnya membolehkan
                                            gelombang bunyi dipantulkan hingga ke bahagian paling
                                            atas. Pada bahagian paling atas siling ini, tedapat tujuh
                                            panel mudah alih yang boleh diselaraskan untuk mengubah
                                            kelantangan bunyi di dalam dewan sewaktu persembahan
                                            diadakan. Tujuannya agar dapat disesuaikan dengan
                                            persekitaran akustik. Selain itu, dinding dewan pula boleh
                                            dibuka dan ditutup untuk diselaraskan dengan pelbagai
                                            ritma bunyi. Lantai dan dinding konkrit di dalam dewan ini
                                            mempunyai reka bentuk khas untuk mencegah gangguan
                                            bunyi dari luar auditorium.



                                                             Video persembahan di Dewan
                                                             Filharmonik Petronas


                                                                      http://bit.
                                                                      ly/2XFriBR




























                                                                   Standard Pembelajaran
                                                                   dan Senarai Rumus Bab 5



                                                                                                 171
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182