Page 206 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 206
Menyelesaikan Masalah Melibatkan Pembiasan Gelombang
Pembiasan gelombang adalah disebabkan oleh perubahan laju gelombang. Bagi gelombang
air, laju gelombang berubah apabila kedalaman air berubah. Hal ini menyebabkan panjang
gelombang turut berubah. Walau bagaimanapun, frekuensi gelombang tidak berubah sebab
frekuensi gelombang adalah ditentukan oleh frekuensi getaran di sumber gelombang itu.
Rajah 5.42 menunjukkan perubahan laju dan panjang gelombang apabila gelombang air
merambat dari kawasan dalam ke kawasan cetek.
v v
1 2
λ λ
1 2
Kawasan dalam Kawasan cetek Kawasan dalam
Rajah 5.42 Perambatan gelombang air dari kawasan dalam ke kawasan cetek
Daripada rumus laju gelombang, v = fλ,
di kawasan dalam: v = fλ .......... (1)
1 1
di kawasan cetek: v = fλ .......... (2)
2 2
v λ
(1) ÷ (2) memberikan 1 = 1 ,
v λ
v v 2 2
iaitu 1 = 2
λ λ
1 2
Contoh 1
Satu gelombang satah mempunyai panjang gelombang 2 cm dan laju 8 cm s merambat
–1
merentasi kawasan cetek. Apabila gelombang tersebut memasuki ke kawasan dalam, laju
–1
gelombang menjadi 12 cm s , tentukan nilai panjang gelombang di kawasan dalam.
Penyelesaian:
Langkah Kawasan cetek: λ = 2 cm, v = 8 cm s –1
1 1
Senaraikan maklumat yang diberi dengan simbol. Kawasan dalam: v = 12 cm s , λ = ?
–1
2 2
v 1 v 2
Langkah 2 λ = λ
1 2
Kenal pasti dan tulis rumus yang digunakan. 8 12
=
2 λ
2
12 × 2
Langkah 3 λ =
2 8
Buat gantian numerikal ke dalam rumus dan
lakukan perhitungan. = 3 cm
200 5.4.4

