Page 294 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 294

Momentum              Hasil darab jisim dan halaju suatu objek yang bergerak


               Orbit                 Lintasan tertutup bagi suatu objek di angkasa lepas yang bergerak
                                     mengelilingi planet atau bintang

               Pembesaran linear     Nisbah tinggi imej kepada tinggi objek


               Pembiasan             Pembengkokan sinar cahaya apabila alur cahaya merambat menerusi
                                     medium yang berketumpatan berlainan

               Pembelauan            Penyebaran gelombang apabila gelombang itu bergerak mengelilingi
                                     tepi suatu halangan atau melalui suatu bukaan

               Penjana gelombang     Alat yang mengandungi motor atau penggetar untuk menghasilkan
                                     gelombang


               Pinggir cerah         Jalur cahaya yang dibentuk oleh fenomena interferens membina


               Pinggir gelap         Jalur dengan kecerahan minimum yang dibentuk oleh fenomena
                                     interferens memusnah


               Sudut biasan          Sudut yang dibuat oleh sinar terbias dengan garis normal

               Sudut tuju            Sudut yang dibuat oleh sinar tuju dengan garis normal


               Suhu                  Kuantiti fizik yang memberikan maklumat tentang darjah kepanasan
                                     suatu bahan

               Superposisi           Pertindihan dua gelombang di suatu titik


               Takat didih air       Suhu yang tetap apabila air bertukar menjadi stim, iaitu 100°C


               Takat lebur ais       Suhu yang tetap apabila air bertukar menjadi ais, iaitu 0°C

               Tenaga                Kebolehan untuk melakukan kerja


               Vakum                 Ruang yang tidak mengandungi jirim









               288
   289   290   291   292   293   294   295   296