Page 59 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 59

Bab 2
                                                                                           Daya dan Gerakan I
                 Contoh 2
                 Chan melepaskan sebiji batu dari satu tebing setinggi 10 m. Tentukan
                 (a)  masa untuk batu itu sampai ke tanah di bahagian bawah tebing, dan
                 (b)  halaju batu sebelum menyentuh tanah.
                                                     –2
                 Abaikan rintangan udara. [ g = 9.81 m s ]
                   Penyelesaian:
                             1
                 (a)  s = ut +   gt  2
                             2   1
                     –10 = (0)t +  (–9.81)t  2
                                 2
                     2 × (–10) = (–9.81)t  2
                          
                            –20
                     t = ±   –9.81
                     = 1.43 s
                     (t = –1.43 tidak diambil kira)

                           2
                 (b)  v  2  = u  + 2gs                                         INFO
                                                                                 Bestari
                        = 2 × (–9.81) × (–10)                                    Bestari
                           
                     v  = ±  2 × (–9.81) × (–10)                             Persamaan v = u + at
                        = ±14.0 m s –1                                       juga boleh digunakan
                     v  = –14.0 m s –1                                       v = –9.81 × 1.43
                                 –1
                     (v = 14.0 m s  tidak diambil kira kerana batu bergerak ke     = –14.0 m s –1
                     arah bawah).





                   Latihan Formatif             2.3

                 1. Apakah maksud jatuh bebas?

                 2. Sebiji bola plastik dan sebiji bola keluli yang sama saiz dilepaskan dari tebing bukit. Adakah
                   bola-bola itu akan sampai ke kaki bukit pada masa yang sama? Jelaskan jawapan anda.

                 3. Suatu objek yang dilontarkan ke atas secara menegak mencapai ketinggian maksimum
                   5.0 m. Hitungkan
                   (a)  halaju objek itu semasa dilontarkan,
                   (b)  masa untuk objek sampai ke tinggi maksimum, dan
                   (c)  masa yang diperlukan untuk objek kembali ke aras asalnya.
                   Abaikan rintangan udara. [g = 9.81 m s ]
                                                      –2
                 4. Sebiji bola tenis yang dilepaskan jatuh secara menegak dari sebuah bangunan setinggi
                   50 m. Hitungkan
                   (a)  masa untuk bola sampai ke tapak bangunan,
                   (b)  halaju bola sebaik sebelum mencecah lantai, dan
                   (c)  jarak tegak yang dilalui pada saat ketiga.
                                                      –2
                   Abaikan rintangan udara. [g = 9.81 m s ]

                 2.3.3                                                                            51
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64