Page 21 - MODUL 8 SMK LANGGAR
P. 21

KERTAS KERJA PROJEK NANAS SALAI


               1.0    PERNYATAAN MASALAH

                       Pengeringan makanan adalah satu kaedah pemeliharaan makanan dengan


                       cara menyingkirkan kandungan air. Secara tradisinya air disingkirkan melalui
                       penyejatan. Penyejatan adalah proses perubahan cecair menjadi gas pada

                       sebarang suhu di bawah takat didih cecair itu. Kadar penyejatan bergantung
                       kepada beberapa faktor persekitaran seperti kelembapan udara, suhu sekeliling,

                       luas permukaan dan pergerakan udara
















               Cik Nina peladang Tanah Tinggi Kundasang yang menghadapi masalah memasarkan

               hasil tanamannya  iaitu nenas akibat PKP. Cik Nina tidak tahu apa yang harus
               dilakukan oleh beliau.


               Sehubungan itu kamu di minta untuk membantu Cik Nina memikirkan solusi bagi

               memproses hasil tanamannya supaya dapat disimpan lama sekaligus beliau tidak
               mengalami kerugian yang besar akibat pandemik yang melanda Negara ketika ini.


               Bentuk satu kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar. Setiap kumpulan dikehendaki

               menjalankan eksperimen mengenai perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian
               (penyejatan). Pelajar dikehendaki menggunakan radas dan bahan berikut:


               Oven, buah nenas, pisau, papan pemotong, mangkuk kaca,redai dan sarung tangan.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26