Page 188 - high performance school_Neat
P. 188

LAPORAN HARI KANTIN SMK ISKANDAR SHAH

                       Pada 17 Julai 2017 yang lalu , Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah telah
               mengadakan Hari Kantin. Program ini diadakan sempena Hari Koperasi pada hari tersebut.
               Antara kelab dan persatuan yang terlibat ialah kelab katering , kelab rukun negara,  kelab
               Bahasa melayu dan sebagainya.

                      Pada pagi tersebut, semua murid SMK Iskandar Shah telah bekumpul di tapak
               perhimpunan seawal jam 7.20 pagi untuk upacara perasmian dan menunggu sementara
               persiapan terakhir dibuat di setiap gerai. Persiapan yang pertama telah dibuat pada hari
               sebelumnya seperti memasang khemah dan menyediakan peralatan yang dibuat oleh setiap
               ahli jawatankuasa kelab dan persatuan.Persiapan hari ini adalah untuk menyediakan makanan ,
               minuman dan banyak lagi.

                     Tepat jam 8.15 pagi semua murid telah dilepaskan untuk pergi ke gerai – gerai yang berada
               di tempat letak kereta guru-guru SMK Iskandar Shah.Murid – murid boleh membeli dengan
               menggunakan kupon yang dijual oleh pihak urusetia Hari Kantin.Terdapat banyak benda yang
               boleh dibeli. Contohnya, makanan , minuman.Terdapat juga gerai robotik yang menunjukkan ciri
               – ciri sesuatu robot tersebut. Selain itu, terdapat juga pertunjukkan fashion show di tapak
               perhimpunan. Terdapat semua pakaian tradisional daripada kaum Melayu , Cina , dan India.
               Contohnya , Baju melayu, Cheongsam, dan Sari. Guru – guru kelab persatuan masing – masing
               juga menolong menjual barang – barang dari gerai masing – masing. Aktiviti – aktiviti lain yang
               disediakan adalah menonton wayang di makmal sains 2 , pelancaran roket di padang sekolah.
               Terdapat juga guru yang menjual pakaian di depan makmal computer.

                     Program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan menggembirakan murid – murid.
               Semua gerai sudah dipenuhi oleh murid-murid seawal 8.15 pagi sehingga tamat program ini.
               Kebanyakan gerai berjaya menghabiskan barangan mereka. Apabila selesai menjual  semua
               barangan mereka membersihkan kawasan tersebut. Contohnya, menyapu, mengutip sampah,
               dan menurunkan khemah.
                    Program ini tamat pada waktu 12.00 tengahari. Semua guru dan murid mendapat untung
               daripada hasil jualan tersebut. Terdapat juga segelintir murid yang tinggal untuk mengemas
               tempat tersebut.


               Disediakan oleh,


               ------------------------------
               (DANISH REDZARIFF BIN SHARIZAN)

               SETIAUSAHA KELAB KATERING,

               SMK ISKANDAR SHAH


               -DANISH-
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193