Page 89 - SKJT INDICATOR 2022
P. 89
DISKRIPSI TUGAS KOKURIKULUM
Setiausaha Kokurikulum
Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling
yang berkaitan dengan kokurikulum.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum sekolah.
Menyediakan takwim dan aktiviti kokurikulum yang sesuai dengan aktiviti daerah dan
negeri.
Menyediakan minit mesyuarat kokurikulum sepanjang tahun.
Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-
guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar dalam unit beruniform dan
Persatuan.
Menetapkan pelajar dalam Badan Unit Beruniform dan Persatuan.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan berkaitan
Badan Unit Beruniform dan sukan dan permainan.
Mengurus dan menyelaras pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti Badan Unit
Beruniform dan Persatuan di luar sekolah.
Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
Memastikan rekod dan data berkaitan kokurikulum diselenggara dengan baik.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan kokurikulum sekolah.
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan kokurikulum.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan kokurikulum.
Memastikan borang-borang berkaitan kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan kokurikulum sekolah.
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku / Fail
Rekod Pencapaian Kokurikulum Sekolah.
Menyemak data dan pengisian data PAJSK murid sepanjang tahun.
Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.
85

