Page 17 - BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL GURU SMK SENTUL UTAMA 2019
P. 17
BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL GURU 2019
TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS
Mengawasi murid datang dan balik
Mengendalikan perhimpunan rasmi mingguan (Isnin)
Menyediakan laporan harian dan diserahkan kepada pengetua/PK1untuk
semakan pada setiap hari selepas jam 1.50 petang.
Mengawas di kantin semasa rehat
Merekodkan murid yang sakit dan menghantar ke hospital jika perlu
Mengumumkan semua pengumuman setiap hari pada pukul 7.20 pagi
Memastikan murid-murid beredar dari tapak perhimpunan ke kelas
masing-masing
Mengawasi disiplin & kebajikan murid
Mengawasi kebersihan kelas, kantin, tandas & persekitaran sekolah &
mengambil tindakan sewajarnya.
Menghakimi dan mengadili pertandingan kebersihan dan keceriaan bilik
darjah
Peka dengan aktiviti sekolah
Membuat laporan aktiviti dan program sepanjang minggu pada minggu
berikutnya.
Peringatan
Guru yang tidak dapat menjalankan tugas pada minggu yang telah ditetapkan
kerana tugas rasmi hendaklah memaklumkan kepada pihak pentadbir dan
bertugas pada tarikh lain yang ditetapkan. Guru bertugas minggu berikutnya
hendaklah menggantikan guru yang tidak dapat bertugas tersebut.
15 SEK. MEN. KEB. SENTUL UTAMA

