Page 12 - buku pengurusan 2018
P. 12

PERUTUSAN PENGETUA

               SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MULIA


               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
       x
               Alhamdulillah,  sesungguhnya  saya  merakamkan  syukur  di  atas
               kesungguh dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak, maka
               terzahirlah  kesekian  kalinya  Buku  Pengurusan  atau  Buku  Takwim
               Perancangan Tahunan bagi SMK Seri Mulia tahun 2018. Diruangan

               ini  izinkan  saya  mengucapkan  Selamat  Tahun  Baru  2018  kepada
               semua warga SMKSM khususnya kepada guru dan

               pentadbir. Saya mengharapkan agar tahun 2018 mencipta fenomena yang tersendiri dengan

               setiap warganya mendokong semangat juang yang tinggi dan bertekad dengan penuh iltizam
               serta mampu mendukung cabaran untuk melaksanakan dan menunaikan segala amanat dan
               janji yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita semua.

               Tahun  2017  meninggalkan  kita  dengan  penuh  cerita  episod  suka  dan  duka,  namun  saya
               berharap segala pengalaman dan kekangan tersebut dapat menjadi kekuatan dan inspirasi
               bagi warga sekolah untuk memastikan aspirasi keberhasilan murid bagi tahun seterusnya akan
               terus menyerlah. Seperti yang kita semua maklum, anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan

               Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-  2025,  mengariskan  bahawa  kolaborasi  dalam  semua
               aspek amat diperlukan dan dituntut daripada semua warga KPM keseluruhannya khususnya
               pengurusan di peringkat sekolah bagi mencapai kecemerlangan organisasi. Kerjasama yang
               erat  bagai  aur  dengan  tebing  diharap  dapat  membawa  perubahan  bersepadu  dalam

               mengangkat martabat sekolah sekali gus mengangkat martabat pendidikan di Malaysia.

               Kita sedia maklum bahawa tahun ini memasuki fasa kedua atau gelombang kedua PPPM.

               Segala tindakan harus selari dengan lima aspirasi dan enam pencapaian murid. Keberhasilan
               murid  perlu  diterjemahkan  melalui  anjakan  paradigma  sekolah  abad  21.  Para  guru
               bertanggungjawab  untuk  mewujudkan  suasana  pembelajaran  bilik  darjah  abad  21  dengan
               kepelbagaian aktiviti seperti KBAT dan I-THINK.


               Slogan KPM sebelum ini Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak hendaklah diberikan
               perhatian  dalam  menyuntik  formula  dalam  konteks  pembinaan  modal  insan.  Para  pelajar
               hendaklah dididik untuk belajar membuat sapaan,memberi laluan dan kebersihan. Justeru itu,

               nilai-nilai  murni  perlu  menjadi  amalan  harian  dalam  kehidupan  seharian  seperti  saling
               menghormati, saling mempercayai antara satu sama lain, menjalin kerjasama yang erat, ikhlas
               dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.




               BUKU PENGURUSAN SMKSM 2018
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17