Page 119 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 119
Uji Minda
Tandakan ( ) pada perlakuan yang
menunjukkan toleransi.
Tandakan
YA TIDAK
1. Saya tidak memotong barisan semasa beratur
untuk membeli makanan di kantin.
Saya memberikan laluan kepada murid tahun satu
2.
semasa menaiki bas.
Apabila menggunakan komputer, saya tidak akan
3.
berkongsi dengan rakan lain.
Saya bersabar semasa guru menegur kesalahan
4.
saya.
Saya memaafkan rakan yang tersepak kaki saya
5.
semasa bermain bola sepak.
Saya tidak marah kepada pengawas perpustakaan
6.
yang meminta saya supaya senyap.
Saya berasa marah apabila guru menegur
7.
kesalahan saya.
Saya sabar dan mengawal diri terhadap rakan
8.
yang terambil buku saya secara tidak sengaja.
Saya akur apabila cadangan saya tidak diterima
9.
oleh rakan.
Apabila murid lain mengejek saya, saya akan
10.
mengawal diri dan memberitahu kepada guru.
Jumlah skor "Ya":
8-10 Tahniah kamu seorang yang mengamalkan sikap toleransi.
4-7 Baik, kamu patut meningkatkan amalan bersikap toleransi.
1-3 Kamu patut berusaha untuk mengamalkan sikap bertoleransi.
Perbanyak halaman ini.
113

