Page 88 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 88
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
yang Rajin
Fahami temu ramah dan jawab soalan.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara telah
memenangi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri.
Wartawan telah menemu ramah Radin, salah seorang Pengawas
Pusat Sumber Cemerlang.
Tahniah! Apakah perasaan Radin?
Wartawan
Terima kasih. Saya berasa bangga kerana pusat
Radin sumber kami ceria.
Apakah rahsia kejayaan pusat sumber ini?
Kami membantu guru menghias pusat sumber,
membaik pulih buku yang rosak dan membantu
guru di kaunter sirkulasi.
Apakah usaha yang dilakukan supaya pusat
sumber kelihatan bersih dan ceria?
Kami sentiasa menyapu, mengelap habuk, menyusun
kerusi meja dan menyusun buku di rak setiap hari
supaya pusat sumber kami sentiasa ceria.
Terima kasih, Radin.
Sama-sama.
82
82
82

