Page 83 - Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5 (New)
P. 83

Tidak lama selepas itu,
             Minggu 24                                                   kelihatan rakan-rakan
                                                                         haiwan tiba di tempat
                                                                         kejadian. Sang Gajah
                                                                         pantas menghulurkan
                                                                         belalainya kepada
                                                                         Si Monyet. Sebelah
                                                                         tangan Si Monyet
                                                                         memegang belalai
                                                                         Sang Gajah, manakala
                                                                         sebelah lagi dihulurkan
                                                                         kepada Sang Arnab.
                                                                         Sang Arnab mencapai
                                                                         tangan Si Monyet
                                                                         lalu Sang Gajah
                                                                         menariknya keluar
                                                                         dari lubang itu.






            Sang Arnab mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
            membantunya. Tersipu-sipu Sang Arnab memohon maaf kepada
            Si Kura-kura kerana selalu mengejeknya yang berjalan lambat.



             Kini, Sang Arnab akur bukan semua
             kekurangan itu merupakan suatu
             kelemahan. Kekurangan yang
             ada kadangkala merupakan
             sesuatu kekuatan. Sesiapa sahaja
             boleh menjadi adiwira, membantu
             tidak kira masa dan
             di mana-mana sahaja.











             NOTA GURU
                       • Perdengarkan Audio 136 terlebih dahulu sebelum membuat aktiviti pergerakan.
                2.3.1  • Minta murid mengenal pasti bahagian yang menunjukkan pergerakan lambat atau cepat.
                (i) (ii)
                         EMK: Bahasa, Nilai Murni                : Menganalisis, Mencipta     PAK-21: Kerja Berkumpulan
                                                                                                         (Group Work)   77
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88