Page 94 - Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5 (New)
P. 94

Minggu 28 hingga 32

           Projek Seni Muzik Penggal Dua


           Tahniah, kamu telah pun berjaya menjalankan Projek Seni Muzik Penggal Satu! Sekarang,
           kamu boleh merancang dan  membuat persediaan untuk persembahan Projek Seni Muzik
           Penggal Dua pula.
             Kali ini, kamu akan membuat persembahan secara berkumpulan berpandukan
           lagu  Joget Khatulistiwa mengikut kreativiti masing-masing. Rancang dan buat latihan
           nyanyian, pergerakan dan memainkan alat muzik bersama-sama. Jangan lupa untuk
           mengisi borang yang disediakan oleh guru semasa membuat perancangan dan selepas
           membuat persembahan. Selamat maju jaya!

           Perancangan

           1.  Bentukkan empat kumpulan. Kumpulan 1 akan bernyanyi, Kumpulan 2 akan
             memainkan alat perkusi, Kumpulan 3 akan membuat pergerakan dan Kumpulan 4
             memainkan rekoder.
           2. Setiap kumpulan memilih satu lagu daripada Unit 6 hingga 10 untuk dipersembahkan.
           3. Berbincang tentang peranan setiap ahli kumpulan dan tulis peranan masing-masing
             dalam Borang Pembahagian Tugas yang disediakan.
           4. Buat jadual latihan.
           5. Sediakan audio untuk latihan.


           Persediaan
           1.  Buat persediaan nyanyian berdasarkan perancangan.
           2. Buat latihan nyanyian, bermain alat perkusi dan membuat pergerakan seperti yang
             telah dirancang dalam kumpulan masing-masing.
           3. Pastikan semua audio dan alat perkusi berfungsi sebelum memulakan latihan.



           Persembahan

           1.  Tepati masa. Bersedia 15 minit sebelum membuat persembahan.
           2. Pastikan semua audio dan alat perkusi mencukupi dan berfungsi sebelum
             persembahan bermula.
           3. Tertib, berdisiplin dan bekerjasama dalam kumpulan sebelum, semasa dan selepas
             membuat persembahan.
           4. Buat penilaian kendiri (Borang Penilaian Kendiri) dan berbincang bersama-sama
             ahli kumpulan bagi membuat penilaian persembahan ahli kumpulan lain
             (Borang Penilaian Kumpulan).





          88
   89   90   91   92   93   94   95   96