Page 3 - MATEMATIK UPSR
P. 3

Pengenalan


                  Dalam menuju kecemerlangan, murid-murid perlu diberikan perhatian sewajarnya sama ada dari segi
                  akhlak, akademik, ko kurikulum dan sebagainya. Kejayaan murid-murid dalam bidang akademik
                  bukanlah semata –mata diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan khususnya UPSR
                  2019. Terdapat aktiviti-aktiviti sampingan di luar bilik darjah dapat membantu murid-murid seperti
                  mengetengah bakat mereka, keupyaaan berkomunikasi dan menjadi pemimpin melalui kegiatan yang
                  dirancang seperti kuiz Matematik, membuat tangram, membina Sodoku dan sebagainya. Bagi mencapai
                  hasrat untuk melahirkan murid yang seimbang aktiviti-aktiviti Minggu Matematik dilaksanakan.

                  Rasional


                  Menggalakkan murid-murid mencintai dunia Matematik dalam usaha menarik minat mereka suka
                  terhadap subjek Matematik.

                   Objektif Program


                  1. Menggalakkan murid-murid berminat dan seronok melalui aktiviti yang dirancang.
                  2. Meningkatkan tahap pencapaian subjek Matematik melalui aktiviti yang dirancang dan diaplikasi
                  semasa
                    sesi Pdp.
                  3. Meneroka kepelbagaian aktiviti yang diterapkan kepada murid-murid disamping meningkatkan tahap
                    pengetahuan murid.
   1   2   3   4   5   6   7   8