Page 32 - SITI KHAIRUL ATIKAH E-PORTFOLIO GB200084 (microteaching)
P. 32
UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru telah ditubuhkan pada 16 Januari 1974 tetapi
memulakan pengajian selama 3 bulan di Sekolah Menengah Tasek Utara Johor Bahru
di bawah pimpinan Encik Omar bin Abdul Rashid selaku pengetua pertama di sekolah
ini. Sekolah ini telah dirasmikan pada 26 Jun 1976 oleh YAB Dr. Mahathir Mohamad
selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Sekolah ini telah dapat
disempurnakan pembinaannya pada 8 Julai 1984 dan telah dirasmikan oleh YB Dato
Abdullah bin Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Sekolah ini
memperkenalkan mata pelajaran berorientasikan teknikal melalui kursus-kursus yang
ditawarkan iaitu kejuruteraan awam, elektrik, jentera serta pertanian dan pada tahun
1985, kursus perdagangan telah diperkenalkan.
Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Jalan
Tun Razak dan berhampiran dengan Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan.
Mempunyai empat blok kelas termasuk perpustakaan dan bilik guru serta makmal
kimia dan fizik, tiga bengkel kejuruteraan setiap satu untuk kejuruteraan elektrik,
jentera dan awam serta satu kawasan untuk pelajar pertanian. Sekolah ini juga
mempunyai sebuah koperasi yang menyediakan hampir keseluruhan keperluan untuk
pelajar, jadi para pelajar tidak perlu bersusah payah untuk keluar ke bandar untuk
mencari keperluan harian.
Sekolah ini juga terlibat secara aktif di dalam bidang sukan di peringkat daerah
terutamanya di mana kebanyakan pemain yang mewakili peringkat daerah Johor
Bahru adalah pelajar sekolah ini, contohnya di dalam sukan ragbi, hampir keseluruhan
pemain ragbi daerah JB adalah pelajar Teknik JB begitu juga dengan sukan
bolasepak dan sepak takraw di mana terdapat pemain yang mewakili negeri Johor di
dalam sukan di peringkat negeri. Semua ini berlaku semasa tahun 1995 dan
sebelumnya, selepas tahun itu saya tidak tahu mengenai perkembangan sukan di
Teknik JB, saya harap kecemerlangan ini diteruskan oleh generasi baru yang
dalam bidang pelajaran terutamanya disamping menyediakan pelajar dengan ilmu
menggantikan kami.
Untuk memasuki sekolah ini, tidaklah semudah yang disangkakan kerana hanya
pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik dan ko-kurikulum semasa di
tingkatan 1 hingga 3 akan di nilai, sebab itulah sekolah Teknik ini merupakan antara
sekolah Teknik terbaik di Malaysia. Sekolah ini di barisi oleh para guru yang
berpengalaman dan berdedikasi untuk memastikan semua pelajarnya berjaya di
yang secukupnya untuk menghadapi dunia selepas alam persekolahan.

