Page 48 - BUKU PENGURUSAN SK KEPONG 2019
P. 48
BUKU PENGURUSAN SKKEP 2019
1.2 Tindakan guru kelas
1.2.1 Setiap pelajar yang tidak hadir mesti memberi surat doktor atau akuan ibu bapa / penjaga.
1.2.2 Tulis (S) atau (P) jika tidak memberi surat pada hujung minggu.
1.2.3 Surat amaran boleh didapati di pejabat sekolah.
1.2.4 Semua surat doktor atau daripada ibu bapa / penjaga mesti disimpan.
1.2.5 Pelajar yang balik dengan kebenaran sebelum waktu ke-3 dianggap tidak hadir dan ditanda dengan (S).
1.3 Proses penghantaran surat-surat amaran.
BIL. HARI TIDAK HADIR BIL. HARI TIDAK HADIR
SURAT
BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Kedua (Berdaftar) 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas amaran pertama
Amaran Terakhir (Berdaftar) – 7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua
Akuan Penerima
Buang Sekolah (Berdaftar) – 14 selepas amaran terakhir 20 hari selepas amaran terakhir
Akuan Penerima
Jumlah hari tidak hadir 31 hari 60 hari
1.3.1 Sekiranya tiada jawapan daripada ibu bapa/ penjaga, Guru Bimbingan dan Kerjaya hendaklah menyiasat
hal ini, memberi nasihat kepada murid tersebut dan ibu bapa/ penjaganya.
1.3.2 Laporan itu hendaklah disampaikan kepada pengetua/ PK HEM/ badan disiplin sekolah dan disimpan di
dalam fail untuk semakan dan rujukan.
1.3.3 Pengetua/ badan disiplin akan bertindak berdasarkan pekeliling yan sedia ada.
2. PENYELARASAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR (JK)
2.1 Panduan mengisi Jadual Kedatangan pelajar
2.1.1 Nombor Pendaftaran
Setiap pelajar mesti mempunyai nombor pendaftaran. Guru kelas boleh mendapatkan nombor ini daripada guru
pendaftar.
2.1.2 Butir-butir Diri Pelajar
Bahagian ini mesti disiapkan selepas bulan pertama sekolah dibuka. Semua butiran dalam Jadual
Kedatangan Pelajar perlu diisi dengan lengkap.
Alamat pelajar hendaklah ditulis dengan pen.
Pelajar tidak dibenarkan menanda atau menulis maklumat dalam Jadual Kedatangan.
2.1.3 Susunan Nama Pelajar
Disusun mengikut abjad, dimulakan dengan pelajar lelaki diikuti pelajar perempuan.
Nama pelajar mestilah ditulis mengikut kad pengenalan dengan huruf cerai.
2.1.4 Tanda-tanda yang digunakan dalam JK
i. Hadir / : Untuk pelajar yang hadir.
K : Untuk pelajar yang tidak hadir dengan kebenaran.
USAHA TEKUN JAYA
41

