Page 7 - BUKU PENGURUSAN SK KEPONG 2019
P. 7
BUKU PENGURUSAN SKKEP 2019
SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, sekali lagi Buku Pengurusan Sekolah SKKep telah
dapat disiapkan dengan sempurna. Terlebih dahulu, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada
Jawatankuasa Buku Pengurusan 2019 yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan buku ini. Buku ini penting sebagai
garis panduan dan rujukan kepada semua warga SKKep untuk melaksanakan tugas dengan lebih konsisten dan sistematik.
Semua warga SKKep khususnya para guru dan anggota kakitangan perlu meneliti dan memahami isi kandungannya agar dapat
dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Sebagai penjawat awam, kita bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan arahan-
arahan kerajaan, khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berlabuhnya tirai 2018 menyaksikan pelbagai tindakan telah berjaya dilaksanakan untuk penambahbaikan dan
perubahan yang melibatkan keberkesanan kualiti kerja terhadap kawalan mutu kerja di sekolah. Perubahan-perubahan dasar
di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menuntut semua
warga pendidik supaya berubah dari budaya lama kepada budaya baharu. Tiga Gelombang PPPM iaitu 2013-2015, 2016-2020
dan 2021-2025 perlu difahami serta dihayati oleh semua guru. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Pentaksiran
Awam bertunjangkan KBAT dan PAK 21, MBMMBI bagi menggantikan Dasar PPSMI secara berperingkat-peringkat, Dasar
1Murid 1Sukan (1M1S), Kawalan Disiplin Murid, memperkasakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah serta
pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan ini, transformasi bermula dari dalam bilik
darjah menjadi fokus pihak sekolah untuk mengekalkan matlamat asas iaitu melahirkan kemenjadian murid kelas pertama
dan membentuk generasi rabbani. Selain itu, pencapaian yang cemerlang dalam bidang kokurikulum harus dijadikan asas
untuk memperhebatkan usaha melahirkan jaguh dan wira yang mampu mengharumkan nama sekolah.
Akhir kalam, saya mendoakan semoga warga SKKep akan bergerak secara proaktif, berfikiran secara kreatif dan
inovatif serta bertindak dengan komited dan penuh bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
sepanjang tahun 2019. Walhasil, harapan saya agar kita semua warga SKKep dapat bekerja sebagai satu pasukan yang utuh
demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya aspek kemenjadian murid, InsyaAllah. Selamat Bertugas.
Sekian.
MOHD NOOR BIN ABD HADI
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kepong
USAHA TEKUN JAYA
2

