Page 98 - BUKU PENGURUSAN SK KEPONG 2019
P. 98

BUKU PENGURUSAN SKKEP 2019


                       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA & PENYELARAS KOKURIKULUM
                   1.  Menjadi fasilitator kepada Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan.
                   2.  Menyediakan borang-borang pilihan kepada murid-murid untuk menyertai Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan
                       Kelab Sukan/Permainan.
                   3.  Mempastikan Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Kelab Sukan/Permainan mempunyai Buku Kegiatan masing-
                       masing. Membahagikan buku-buku tersebut kepada guru-guru penasihat berkenaan (jika belum ada).
                   4.  Memungut  serta  menyemak  buku-buku  catatan  tersebut  setiap  minggu  dan  serahkan  kepada  Guru.  Besar/Guru
                       Penolong Kanan Kokurikulum untuk ditandatangani.
                   5.  Mengadakan Jadual atau Takwim : Mesyuarat, aktiviti dan sebagainya.
                   6.  Merancang keperluan/kemudahan/kewangan untuk aktiviti yang akan dilaksanakan.
                   7.  Merancang pertandingan antara rumah-rumah sukan / pasukan di peringkat sekolah.
                   8.  Mengurus  penyertaan  pasukan  sekolah  dalam  pertandingan-pertandingan  luar  dengan  kerjasama  dari  guru-guru
                       penasihat persatuan/ kelab, badan beruniform dan kelab sukan/permainan.
                   9.  Menyimpan rekod-rekod dan data-data yang diperlukan:
                         i.   Pemenang-pemenang pertandingan antara pasukan di sekolah.
                         ii.   Pemenang wakil sekolah individu / berpasukan.
                        iii.   Maklumat-maklumat lain yang sesuai yang diperlukan dari masa ke semasa.
                   10.  Pada  akhir  tahun  persekolahan  buku-buku  catatan  (rekod)  yang  telah  dibahagikan  kepada  guru-guru  penasihat
                       hendaklah dipungut dan diserahkan kepada Guru Besar/GPK Kokurikulum untuk disimpan.
                   11.  Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

                       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN & PERMAINAN
                   1.  Setiausaha Sukan sekolah adalah juga Guru Kanan Pendidikan Jasmani.
                   2.  Menjadi  pembantu  perancang  utama  kepada  Guru  Besar  /  GPK  Kokurikulum  mengenai  aktiviti-aktiviti
                       sukan/olahraga/permainan.
                   3.  Merancang aktiviti/program sukan/olahraga/permainan sekolah untuk jangka pendek dan panjang.
                   4.  Mengadakan jadual latihan/pertandingan atau takwim sukan.
                   5.  Mengagihkan tugas-tugas bersangkutan dengan sukan/permainan di kalangan staf.
                   6.  Menjadi pengerusi jawatankuasa teknik sukan di sekolah.
                   7.  Mengagihkan murid-murid baharu kepada pasukan rumah-rumah sukan.
                   8.  Bersama dengan GPK Kokurikulum merancang pertandingan di peringkat sekolah.
                   9.  Menyimpan semua rekod yang perlu misalnya :
                         i.   Pemenang-pemenang antara rumah-rumah sukan.
                         ii.   Rekod kemenangan wakil sekolah dalam acara individu / berpasukan.
                        iii.   Maklumat-maklumat lain yang sesuai
                   10.  Mengendalikan papan kenyataan sukan dan galakan-galakan sukan.
                   11.  Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


                                       JAWATANKUASA BADAN BERUNIFORM

                       Penasihat                   : Cikgu Mohd Noor bin Abd Hadi
                       Pengerusi                   : Cikgu Zabidi bin Ahmad
                       Setiausaha Kokurikulum      : Cikgu Nurul Hidayatul Akmar binti Abd Aziz
                       Penolong Setiausaha         : Cikgu Mazila binti Mat Hussain
                       Penyelaras                  : Cikgu Rosmawati binti Mohd Yusof
                       Ahli Jawatankuasa           : Cikgu Ahmad Aizuddin bin Md Rami  - Pengakap




                                                         USAHA TEKUN JAYA
                                                                                                               85
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103