Page 25 - PENERANGAN TENTANG MODUL
P. 25

AKTIVITI 4

                                           (SOALAN PEMAHAMAN)




                 Hari/Tarikh                Khamis (24 Jun 2021)
                 Tema/Tajuk                 Perpaduan Memajukan Negara
                 Standard Kandungan         5.2
                                            Memahami dan menggunakan kata yang sesuai dalam
                                            pelbagai situasi dengan betul.
                 Standard                   5.2.3
                 Pembelajaran               Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk dalam
                                            pelbagai situasi dengan betul.
                 Objektif Pembelajaran  Murid dapat memahami dan menjawab soalan menggunakan
                                            pelbagai kata majmuk dengan betul.



                  Nota

                  AYAT MAJMUK
                  1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal disambungkan
                  oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
                  2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
                 Contoh :
                 a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
                 b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
                 c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)

                 Pemajmukan
                 Kata Majmuk
                 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata
                  baru yang padu atau sebati maknanya.
                  2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
                  3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya
                  sendiri-sendiri.
                  4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
                 maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
                  diperlukan.
                  5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
                  maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
                 lebur dan sunyi sepi.
                 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
                 menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur
                  bererti hancur sama sekali, sunyi sepi bererti sangat sunyi.


                                                                                                            25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30