Page 68 - PENERANGAN TENTANG MODUL
P. 68
AKTIVITI 5
(SOALAN PEMAHAMAN)
Hari/Tarikh Jumaat ( 16 Julai 2021)
Tema/Tajuk Aspek Seni Bahasa
Objektif Pembelajaran Murid dapat melafazkan pantun dengan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul serta memahami pantun tersebut.
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Matahari terlindung cuaca redup,
Kanak-kanak bermain senangnya hati,
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga mati.
Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang silih berganti,
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Wak Joyo memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu,
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan,
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.
Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?
[3 markah]
Bagaimanakah kita hendak mendapat ilmu?
[2markah]
68

