Page 8 - PENERANGAN TENTANG MODUL
P. 8
AKTIVITI 2
(SOALAN PEMAHAMAN)
Hari/Tarikh Selasa (15 Jun 2021)
Tema/Tajuk Berkat Hidup Sepakat
Standard Kandungan 2.3
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard 2.3.1
Pembelajaran Membaca sesuatu bahan yang mengandungi pelbagai jenis
ayat dan ragam ayat secara mekanis.
Objektif Pembelajaran Murid dapat membaca dan menjawab soalan petikan dengan
betul.
Nota:
1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada
yang sempurna.
Contoh :
subjek predikat
1. Azlan murid
2. Ayah Azlan menyapu sampah.
3. Azlan, Lim dan Raju menyusuri kawasan dusun
4. Lim dan Raju makan durian
5. Kera itu bergayutan di atas pokok.
Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata;
(b) ayat tanya;
(c) ayat perintah;
(d) ayat seruan.
8

