Page 12 - UNIT 3 PERMAINAN KATEGORI JARING
P. 12
Strategi Menyerang Beregu
• Semasa menyerang, kedudukan pasangan adalah seorang
berada di bahagian depan gelanggang manakala yang seorang
lagi berada di belakang gelanggang.
• Perkara ini dipanggil sistem depan-belakang (front-back),
iaitu sama seperti posisi membuat servis.
• Pemain di bahagian hadapan yang dekat dengan jaring lebih
berpeluang untuk membuat serangan.
• Perkara ini akan memaksa pihak lawan melakukan kesilapan
dan memudahkan pasangannya menyerang.
• Pemain hadapan juga berada dalam posisi yang mudah untuk
mematikan apa-apa pukulan tanggung di hadapan (loose
returns).

