Page 30 - UNIT 3 PERMAINAN KATEGORI JARING
P. 30
Cara Bermain
• Permainan ini dijalankan secara perseorangan atau berpasangan.
• Permainan dimulakan dengan pemain membuat servis.
• Semasa melakukan servis, murid satu (M1) perlu menghantar bola
berdasarkan kedudukan dan cara pegangan bet.
• Pelbagai kemahiran servis pepat, kilas dan servis berputar boleh
dilakukan ke arah sasaran.
• Jika murid dua (M2) berada di kedudukan 1, bola pingpong perlu
dihantar ke sasaran nombor 2.
• Jika M2 berkedudukan di nombor 2, M1 menggunakan pukulan pepat
menghantar bola ke sasaran nombor 3.
• Manakala jika M2 berada di posisi 3, M1 boleh menghantar bola ke
sasaran nombor 1.
• Permainan ini akan mengikut undang-undang pertandingan sebenar
yang telah ditetapkan.

