Page 19 - Unit 2 Permainan Kategori Serangan
P. 19
Cara Bermain
M2 akan menolak masuk bola ke dalam
kawasan D untuk dipukul oleh M3 bagi variasi
direct hit, atau
M2 akan menahan bola di luar kawasan D dan
M3 berperanan mendorong bola masuk ke
dalam kawasan D serta menyungkit bola untuk
drag flick, atau
M2 akan menahan bola di kawasan D dan M3
akan memukul bola ke arah kanan atau kiri tiang
gol, atau juga ke arah titik penalti strok untuk
dibiaskan bola ke arah gawang dalam variasi
pukulan sudut pendek (indirect penalty corner
hit)
5 Murid akan bertukar peranan selepas
melakukan semua strategi serangan sudut
penalti.

