Page 3 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 3

HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
                               HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©


                       PENGURUSAN SEMESDI                                                     2020
                                        SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG



               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

               Alhamdullilah, syukur ke hadrat illahi dengan izinnya, kita masih diberi
               kekuatan  dan  keiltizaman  untuk  memikul  amanah  mulia  sebagai
               pendidik.  Terlebih  dahulu  ucapan  setinggi-tinggi  tahniah  dan  jutaan
               terima  kasih  kepada  Jawatankuasa  terlibat  yang  bertungkus  lumus
               menyiapkan  Buku  Pengurusan  2020  ini.  Semoga  dapat  digunakan
               sebagai rujukan dan garis
               panduan kepada guru-guru dan kakitangan untuk melaksanakan tugas
               dengan lebih efisien dan berfokus. Insya Allah.

               Setinggi-tinggi  penghargaan  dan  terima  kasih  juga  diucapkan  kepada
               semua  warga  kerja  SEMESDI  di  atas  kerja  buat  dan  komitmen
               cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun 2019 yang lalu. Jasa
               dan   komitmen   semua   pihak   dalam   memartabatkan   dan
               mencemerlangkan  SEMESDI  dalam  semua  bidang  amat  dihargai.  Ini  terbukti  dengan  kecemerlangan  yang
               dicapai bukan hanya di dalam kurikulum tetapi juga dalam kokurikulum dan sahsiah. Semoga tahun 2020 lebih
               banyak lakaran kejayaan dan kegemilangan dapat kita abadikan.

               Warga pendidik sentiasa perlu bersatu hati dan komited dalam melaksanakan transformasi dan amalan terbaik
               yang menyokong peningkatan sasaran keberhasilan pada peringkat mikro dalam sistem pendidikan Negara iaitu
               Kemenjadian  Murid  dan  Kualiti  Sekolah.  Oleh  itu,  semua  warga  sekolah  perlu  memainkan  peranan  bagi
               memastikan  semua  inisiatif  dan  intervensi  yang  dilaksanakan  menjurus  dan  menyumbang  kepada  dua
               keberhasilan ini.

               Kepimpinan  dan  pengurusan  sekolah  yang  cemerlang,  didokong  oleh  barisan  pendidik  yang  komited  serta
               persekitaran  sekolah  yang  kondusif  diharapkan  dapat  merealisasikan  kehebatan  murid  yang  terserlah  bukan
               hanya  di  dalam  prestasi  akademik  tetapi  juga  sahsiah  terpuji  dan  pencapaian  kokurikukum  yang  hebat.
               Seterusnya memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berdaya saing dalam persekitaran
               global masa kini. Generasi yang ingin dilahirkan perlu mempunyai jati diri yang unggul, selaras dengan usaha
               mewujudkan insan yang bersifat holistik.

               Saya mengharapkan pada tahun 2020 ini, semua warga sekolah dapat memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu
               dan  kemahiran  bagi  mendepani  cabaran  masa  depan.  Ilmu  dan  kemahiran  yang  dimiliki  dikongsi  dan
               dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi meningkatkan mutu pendidikan negara seterusnya membentuk warga
               SEMESDI yang berketrampilan, professional, berkualiti dan beretika. Saya juga mengharapkan agar kita dapat
               memupuk  semangat  kerjasama  dan  pemuafakatan,  kerja  sepasukan  dan  memberi  komitmen  terbaik  agar
               kejayaan dan kecemerlangan dapat dikecapi, seterusnya mengangkat imej sekolah ke tahap lebih gemilang.

               Saya yakin dan percaya bahawa SEMESDI sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh mampu menyediakan
               landskap  pembelajaran  yang  terancang,  terkawal  dan  sempurna  dalam  usaha  membentuk  modal  insan  yang
               berkualiti, mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi khalifah yang dapat
               menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.

               Selamat menjalankan tugas sepanjang 2020. Semoga diberkati Allah.
               Sekian Terima Kasih.

                “TUGAS ITU AMANAH, KERJA ITU IBADAT’
               “SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN”

               (HAJAH NOOR MAZIAH BINTI A.RAHMAN)
               Pengetua Cemerlang


                   “SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN”   “Sains Dungun Is Always A Step Forward”                   1
   1   2   3   4   5   6   7   8