Page 6 - PENAMBAH PERASA KARANGAN BM SPM_Neat
P. 6
Karangan BM SPM A+
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
· Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
memberi jaminan akan meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,
bagi melonjakkan ekonomi negara dan merapatkan jurang pendapatan
rakyat. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan
rintangan yang bakal menghambat.
· Pada era perindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan
minda ini, kita telah...
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia…….
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi serta komunikasi
yang berlandaskan kecanggihan peranti-peranti komunikasi terkini ini…
· Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini, kita dapat menyaksikan …
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN (AYAT
ARAH)
· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan
akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang
menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif
dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah
bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju
dengan pendapat yang menyatakan…….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah
ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
5

