Page 12 - bm tahun 6 1
P. 12

Membaca


                                     Fauzan Anak yang Cakna
                                     Fauzan Anak yang Cakna
             Irfan telah membaca cerita tentang kasih seorang anak tukang kayu terhadap
             ayahnya.

            “Ayah nampak sungguh sibuk pada pagi ini
            walaupun ayah kurang sihat,” kata Fauzan.               Dari segi sikap, ayah Fauzan gigih
                “Benar, Fauzan. Tempahan Tuan Haji Lukman ini
            mesti ayah siapkan pada petang ini juga. Ada sedikit    semasa menyiapkan kerjanya.
            kerja lagi yang perlu ayah buat,” balas ayahnya
            terbatuk-batuk.
                Fauzan terdiam sebentar. Dia amat masak akan
            sikap ayahnya. Ayahnya akan berusaha untuk
            menyiapkan tempahan pelanggan mengikut masa
            yang dijanjikan. Fauzan masuk ke dalam biliknya
            untuk membuat kerja sekolah.
                Dua jam berlalu. Bunyi alat-alat pertukangan
            tidak kedengaran lagi. Fauzan tidak sedap hati.
            Dia bergegas ke bengkel ayahnya. Pada papan
            kenyataan, terdapat sekeping nota.
                ‘Meja dan kerusi ini masih belum siap
            sepenuhnya. Kayunya masih belum bergosok dan
            bervarnis. Nampaknya, aku perlu berbuat sesuatu,’
            bisik Fauzan dalam hati.
                Pada petang itu, Tuan Haji Lukman telah
            datang untuk mengambil tempahannya. Fauzan
            mempersilakan pelanggan ayahnya itu masuk.
            Tidak lama kemudian, ayah Fauzan pulang.
                “Eh, Tuan Haji Lukman! Bila sampai?” tiba-tiba
            kedengaran suara ayah yang nampak keletihan.
                “Saya minta maaf kerana ... .”
                “Meja dan kerusi-kerusi ini bagaimana, tuan haji?”                 Perkara
            tiba-tiba Fauzan mencelah.                                            menarik
                “Cantik! Kemas sungguh tukangannya. Saya
            amat berpuas hati. Ini wang upahnya,” kata Tuan
            Haji Lukman.
                Dengan terpinga-pinga, ayah Fauzan mengambil
            wang upah tersebut. Ayahnya kebingungan. Fauzan
            hanya tersenyum apabila ayah menoleh ke arahnya.                      Tafsirkan

                        kandungan  info    qr code     standard  ar code
                 Aktiviti                              pembelajaran
                                                                       Nilai               Pengajaran
             Baca dan fahami teks cerita. Kemudian,
             jelaskan tafsiran tentang cerita tersebut

                        minda aktif
             berdasarkan grafik. laman kreatif  uji minda   kbat
                 Nota Guru
                                     Unit
                     •  Bimbing murid membaca, memahami, dan mentafsir bahan.
              2.1.1    Strategi PdP: KP – Interpersonal      KBAT: Menganalisis – Mentafsir
                       EMK: Nilai Murni – Baik hati                                               3

                        nota guru  laman halaman rangsangan
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17