Page 6 - bm tahun 6 1
P. 6

PENDAHULUAN

            Penghasilan buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Kebangsaan berasaskan Dokumen Standard
            Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks
            ini terhasil bagi melahirkan murid yang berketerampilan dalam kemahiran berbahasa selaras dengan
            aspirasi pendidikan negara yang menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Buku teks
            ini mampu membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih dinamik dalam
            pelbagai keadaan. Kandungan buku ini mengandungi sembilan tema, iaitu:

               Kekeluargaan                          Sains, Teknologi, dan Inovasi
               Kesihatan dan Kebersihan              Pertanian dan Penternakan
               Keselamatan                           Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan
               Perpaduan                             Integriti
               Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika
               Setiap tema dibahagikan kepada tiga unit. Penyusunan Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
            Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa, dan Aspek Tatabahasa dalam unit ialah
            secara modular. Pada akhir setiap tema pula, adanya aktiviti Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan,
            dan Penilaian. Penetapan bahan dan Standard Pembelajaran (SP) secara ansur maju daripada tahap
            mudah kepada tahap sukar memudahkan guru untuk membuat pentaksiran berterusan terhadap
            perkembangan murid.
               Elemen  Merentas  Kurikulum  (EMK)  pula  diterapkan  bagi  mempelbagaikan  pengetahuan  dan
            kemahiran murid. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dijelmakan dalam bahan pula dapat
            menterjemahkan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif murid. Selain itu, elemen  PAK-21 melalui
            penggunaan peta pemikiran dapat menjanakan kemahiran berfikir murid menerusi kerangka idea yang
            tercatat.


                                  Peta Bulatan                            Peta Pelbagai Alir
                                  Proses pemikiran:                       Proses pemikiran:
                                  mendefinisikan sesuatu                  menganalisis hubungan
                                  mengikut konteks                        sebab dan akibat
                                  Peta Buih                               Peta Dakap
                                  Proses pemikiran:                       Proses pemikiran:
                                  menerangkan sesuatu                     menentukan hubungan
                                  dengan kata sifatan                     bahagian – seluruh

                                  Peta Buih Berganda                      Peta Pokok
                                  Proses pemikiran:                       Proses pemikiran:
                                  membanding beza sesuatu                 mengelaskan sesuatu



                                  Peta Alir                               Peta Titi
                                  Proses pemikiran:                       Proses pemikiran:
                                  menganalisis sesuatu secara             menentukan faktor
                                  berurutan                               penghubung


               Buku teks ini juga memaparkan pelbagai bahan berunsurkan didik hibur dengan adunan teks dan
            grafik dalam pelbagai reka bentuk dan warna. Persembahan buku ini diharapkan dapat memberi murid
            pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran.


           iv iv
          KPM
          KPM
          KPM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11