Page 102 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 102

Pembiakan Seks
                   Pembiakan seks merupakan jenis pembiakan utama yang
                   dijalankan oleh manusia, haiwan dan tumbuhan peringkat          Antonie van Leeuwenhoek
                                                                                   merupakan saintis pertama
                   tinggi. Pembiakan bagi manusia bukan sahaja untuk               yang mengkaji sel sperma
                   menghasilkan zuriat, malah melibatkan ikatan kekeluargaan       menggunakan mikroskop
                   dan kasih sayang.                                               pada tahun 1677.

                   Pembiakan seks melibatkan dua induk, iaitu

                        •  induk jantan yang membawa sel pembiakan
                           jantan (sperma)



                        •  induk betina yang membawa sel pembiakan
                           betina (ovum)










                                       mempunyai
                                                                          menghasilkan
                      Induk jantan



                                                                   Testis
                                                                                     Gamet jantan (sperma)









                                     mempunyai                              menghasilkan
                      Induk betina
                                                                    Ovari

                                                                                       Gamet betina (ovum)

                                                Rajah 4.1 Proses penghasilan gamet

                       Pembiakan seks menghasilkan generasi baharu yang  berbeza  daripada induknya
                   dan menunjukkan variasi genetik. Tahukah anda tentang proses pembentukan generasi
                   baharu? Apakah yang menyebabkan pembentukan bayi di dalam tubuh ibu yang hamil?
                   Proses pertama yang terlibat ialah persenyawaan.


                    92   Bab 4
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107