Page 128 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 128

Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan dan Rawatan Segera
                   apabila Menghadapi Masalah Sistem Pembiakan


                               Individu digalakkan untuk
                                melakukan pemeriksaan             Mengapakah
                             kesihatan sekurang-kurangnya     pemeriksaan kesihatan
                             sekali dalam setahun bermula         itu penting?
                                  pada usia 40 tahun.


                                                              •  Pemeriksaan kesihatan  atau ujian saringan
                                                                dijalankan sebagai penilaian untuk mengesan
                                                                simptom awal penyakit kronik pada
                                                                sistem pembiakan.

                                                                  •  Kanser yang melibatkan sistem
                                                                    pembiakan seperti kanser rahim, kanser
                                                                    serviks dan kanser prostat masih boleh
                                                                    dirawat jika dapat dikesan lebih awal.



                                                                  •  Amalan pemeriksaan kesihatan dapat
                                                                     mengurangkan risiko masalah kesihatan
                                                                     yang memerlukan kos rawatan yang
                                                                     tinggi. Oleh itu, wang dapat dijimatkan
                                                                     untuk kegunaan jangka masa panjang.


                                                          •  Kaedah pencegahan kehamilan yang betul dan
                   Gambar foto 4.8 Pemeriksaan kesihatan     selamat dapat difahami dengan mendapatkan
                                                             nasihat dan penerangan daripada doktor semasa
                                                             melakukan pemeriksaan kesihatan.




                                            4.6                                                  Abad  KMK
                                                                                                 21
                       Tujuan: Berdebat tentang penyalahgunaan pengetahuan kaedah pencegahan kehamilan
                       dan kesannya kepada masyarakat
                       Arahan
                       1.  Anjurkan pertandingan debat secara berkumpulan antara barisan pencadang dengan
                          barisan pembangkang bagi tajuk perdebatan di bawah.
                                      “Perlukah kawalan kehamilan dibenarkan di negara kita?”

                       2.  Cari maklumat berkaitan dengan tajuk tersebut menggunakan bahan rujukan seperti
                          majalah, risalah dan juga Internet untuk menyediakan isi perdebatan.
                       3.  Pilih salah seorang daripada ahli kumpulan anda sebagai wakil.
                       4.  Selepas perdebatan, buat satu ringkasan mengenai isi-isi utama yang telah dikemukakan.


                    118  Bab 4
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133