Page 236 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 236

Alat Optik yang Menggunakan Konsep Pantulan Cahaya
                   Alat optik telah direka cipta oleh ahli sains berdasarkan       Periskop
                   konsep pantulan cahaya untuk meningkatkan keupayaan
                   deria  penglihatan manusia. Kita seharusnya bersyukur
                   dengan ciptaan tersebut dan menghargainya.


                   Periskop                                                              Kapal selam

                   Periskop merupakan alat yang digunakan pada kapal                    45°  Cermin
                   selam untuk melihat keadaan di permukaan laut. Periskop
                   mengaplikasikan sifat cahaya yang boleh dipantulkan.
                   Cahaya dari atas permukaan laut dikesan oleh suatu cermin,
                   kemudian dipantulkan oleh cermin lain dan menuju ke mata
                   pemerhati yang berada di dalam kapal. Mari kita cipta satu
                   periskop yang ringkas dalam Aktiviti 8.4.                           45°
                                                                                      Cermin
                                                                                   Rajah 8.6 Periskop
                                           8.4
                                                                      Kotak
                       Tujuan: Mencipta periskop yang ringkas
                                                                                         15 cm
                       Bahan dan radas: Dua keping cermin,                                        14 cm
                       kotak, pisau.                             30 cm

                       Arahan                                                    Dua buah cermin satah
                          1                           2             10 cm  15 cm


                                                                       Cermin
                       Ditoreh                                         saling berhadapan
                       dengan
                       pisau



                         Toreh bahagian sisi atas     Pasang cermin dengan
                         dan bawah kotak sesuai       kedudukan saling
                         dengan lebar cermin          berhadapan

                          3                           4                          Berhati-hati apabila
                                                                                 menggunakan pisau lipat
                                                     Objek            Cermin     agar tidak tercedera.
                       Lubang 1



                                            Lubang 2                   Lihat benda
                                                                       melalui lubang kedua
                          Buat dua buah lubang        Letakkan objek yang hendak
                          yang persis berhadapan      dilihat di hadapan lubang 1
                          dengan tiap-tiap cermin
                                                 Rajah 8.7 Cara membuat periskop


                    226
                    226  Bab 8
                         Bab 8
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241