Page 296 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 296

Persenyawaan dalam   Nukleus gamet jantan bercantum dengan nukleus gamet betina di dalam
                                        badan induk betina.

                   Persenyawaan luar    Nukleus gamet jantan bercantum dengan nukleus gamet betina di luar
                                        badan induk betina.
                   Pertunasan           Proses pembentukan tunas pada badan organisma.

                   Proses eksogen       Proses yang berlaku di permukaan Bumi.
                   Proses endogen       Proses yang berpunca daripada dalam Bumi.

                   Ralat paralaks       Ralat yang wujud disebabkan kedudukan mata pemerhati tidak
                                        berserenjang dengan skala bacaan apabila mengambil ukuran.
                   Ralat sistematik     Ralat yang wujud disebabkan oleh kecacatan alat pengukur.

                   Resapan              Proses zarah-zarah jirim bergerak dari kawasan yang berkepekatan tinggi
                                        ke kawasan yang berkepekatan rendah.
                   Respirasi sel        Proses pengoksidaan dan penguraian glukosa yang berlaku di dalam sel
                                        hidup untuk membebaskan tenaga.
                   Sains                Disiplin  ilmu  yang  melibatkan  pemerhatian  dan  eksperimen  yang
                                        sistematik terhadap fenomena alam semula jadi.
                   Sebatian             Satu bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung
                                        secara kimia.

                   Sel                  Unit asas benda hidup
                   Sistem               Sekumpulan organ yang bergabung dan mempunyai fungsi yang spesifik.

                   Stoma                Liang seni pada daun yang berfungsi mengawal kemasukan udara ke
                                        dalam daun.
                   Tisu                 Sekumpulan sel yang bergabung bersama dan mempunyai fungsi
                                        yang spesifik.
                   Unsur                Satu bahan yang terdiri daripada satu jenis zarah sahaja.

                   Warna primer         Warna asas yang tidak boleh dihasilkan melalui percampuran warna.
                   Warna sekunder       Warna-warna yang dihasilkan apabila dua atau lebih warna
                                        primer ditambah.















                    286  Glosari
   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300