Page 29 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 29

Membaca



                                              Keselamatan Media Sosial


                                                          Media sosial ialah medium komunikasi utama
                                  AKTIVITI                yang popular pada masa ini. Laman sosial yang
                        1. Berikan maksud perkataan yang   sering digunakan ialah Facebook, WhatsApp dan
                           berwarna merah dalam petikan   Instagram. Para remaja menggunakan medium ini
                           dengan merujuk kamus dan glosari.  untuk meluahkan perasaan, berkongsi maklumat      T
                        2. Bina ayat dalam perenggan dengan   peribadi, dan memuat naik gambar. Telefon pintar   E
                           menggunakan kata tersebut.     yang mempunyai capaian Internet memudahkan            M
                                                                                                                A
                                                          remaja mengemaskinikan maklumat mereka. Oleh
                  hal yang demikian, mereka terdedah kepada ancaman maya seperti kecurian data peribadi,        2
                  buli siber, komplot Internet, gangguan seksual, dan penggodaman.
                      Pendedahan aktiviti  harian  secara  keterlaluan
                  dalam media sosial akan memudaratkan
                  pengguna, misalnya mendedahkan barang
                  berharga dan lokasi diri. Situasi ini akan
                  menarik perhatian orang ramai untuk
                  memanipulasikan maklumat dengan niat
                  yang tidak baik. Jenayah siber juga berlaku
                  kepada netizen yang sering mendedahkan
                  maklumat secara melampau. Menurut kajian,
                  warga siber di Malaysia menghabiskan masa
                  tidak kurang 20 jam sehari untuk melayari
                  laman sosial. Hal ini akan menjejaskan
                  kesihatan mental dan fizikal pengguna media
                  sosial tegar.






                                                      AKTIVITI INTERAKTIF
                          Bersama-sama dengan rakan, lakukan kerja lapangan tentang cara-cara penggunaan media sosial
                          dengan bijak di sekolah anda.


                                                       PERKASA ILMU

                   Facebook ialah laman sesawang rangkaian sosial yang dimiliki oleh  Syarikat Facebook Inc. Ibu pejabat
                   Facebook terletak di Menlo Park, California, Amerika Syarikat. Facebook telah dilancarkan pada tahun
                   2004. Facebook diasaskan oleh Mark Elliot Zuckerberg dengan bantuan rakan-rakannya dari Harvard
                   University, iaitu Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes.


                                                                                                     15
                         2.2.1                                                                       15
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34