Page 36 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 36

Tatabahasa



                                                      Waspada Diri




                                 AKTIVITI
                       1. Kenal pasti kata kerja tak transitif
                         tanpa pelengkap dan kata kerja tak
           T             transitif berpelengkap daripada
           E             bahan.
           M           2.  Tulis karangan pendek berdasarkan
           A             maklumat yang diberikan.
           2                  TEROKA MINDA

                       Cari maklumat tambahan tentang
                       keselamatan di tempat kerja yang
                       berisiko tinggi.











                                                Bekerja di Pelantar Minyak

                        Pekerjaan di pelantar minyak merupakan kerjaya yang mencabar dan menjanjikan
                        pendapatan yang lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Pekerjaan
                        dalam sektor mencari gali petroleum ini memerlukan tenaga kerja yang mahir dan
                        profesional. Antara kerjaya di pelantar minyak termasuklah jurutera pemasangan
                        paip minyak dan gas, pegawai keselamatan  industri, jurukimpal, jurutera,
                        juruteknik, penyelam, dan pengurus. Bekerja di pelantar minyak bukanlah pekerjaan
                        yang mudah kerana mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.
                           Aspek keselamatan sentiasa diutamakan semasa bekerja di kawasan pelantar
                        minyak. Mereka hendaklah sentiasa mematuhi panduan dan peraturan keselamatan
                        yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kecelakaan atau
                        kemalangan seperti kebakaran dan letupan.  Pekerja tidak dibenarkan berenang
                        atau memancing ikan semasa bertugas. Mereka mestilah sentiasa peka tentang
                        tugasan dan aspek keselamatan, contohnya, pekerja mestilah memakai pakaian
                        keselamatan khas yang disediakan. Semua prosedur semasa bertugas di pelantar
                        minyak hendaklah sentiasa dipatuhi.
                           Maka, jelaslah bahawa bekerja di pelantar minyak sangat mencabar dan pekerja
                        perlu sentiasa mementingkan aspek keselamatan.



                     22           5.1.4
                     22
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41