Page 170 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 170

Usahawan Muda






                               Baca dan fahami petikan. Kemudian, hasilkan kerangka karangan dalam
             TEMA 13           bentuk grafik.




                     Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora telah menganjurkan Hari
                     Keusahawanan yang dirasmikan oleh saudara Faizul Azwan bin Ridzuan,
             Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
                     usahawan muda dalam bidang hartanah.

                   Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Puan Hajah Misliah binti
                   Kasim, Pengetua SMK Seri Kejora, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, dan
                   semua murid yang saya hormati. Saya amat berbesar hati kerana dijemput untuk
                   merasmikan program ini. Saya berharap, dalam masa yang singkat ini dapatlah
                   saya berkongsi maklumat dengan murid-murid tentang ciri-ciri usahawan yang
                   berjaya dalam perniagaan.
                   Hadirin yang saya hormati,
                      Seseorang usahawan yang berjaya mesti mempunyai kebijaksanaan.
                   Usahawan mestilah bijak menguruskan perusahaan, bijak membuat sebarang
                   keputusan, mengatur strategi, berhadapan dengan pelanggan dan lain-lain  lagi.
                   Sebagai contohnya, usahawan perlu menyelesaikan masalah secara kreatif dan
                   tidak merugikan sesiapa apabila berhadapan dengan masalah.
                      Seterusnya, seseorang usahawan perlu memiliki sifat kepemimpinan. Sebagai pemimpin,
                   usahawan  mestilah mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi  pekerja-pekerja bagi  melaksanakan
                   tugas sebaik yang mungkin. Keupayaan usahawan ini penting untuk mengajak pekerja agar
                   bersama-sama mencapai matlamat perniagaan.
                   Hadirin yang saya sanjungi,
                       Selanjutnya, seseorang usahawan mestilah mempunyai keberanian dan kecekalan. Perniagaan
                   atau perusahaan memang tidak dapat dipisahkan dengan risiko dan cabaran kerana langit tidak
                   sentiasa cerah. Seseorang usahawan perlu berani mengambil risiko dan berhadapan dengan pelbagai
                   cabaran dalam perniagaan, contohnya cabaran kenaikan harga bahan mentah atau permintaan produk
                   merosot. Falsafah dalam peribahasa Melayu, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
                   pantai perlu ada dalam diri usahawan.
                      Akhir kata, jelaslah bahawa terdapat banyak ciri usahawan yang berjaya. Sebagai usahawan,
                   saya berharap pihak sekolah mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda. Hal ini saya katakan
                   demikian kerana bidang keusahawanan menjanjikan pulangan
                   dan masa depan yang gemilang. Sebelum saya mengundurkan            Dengan merujuk pelbagai
                   diri, saya dengan ini, merasmikan program Hari Keusahawanan        sumber, dapatkan maklumat
                   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora.                           berkenaan kejayaan usahawan
                   Sekian, terima kasih.                                              muda lain. Kongsikan
                                                                                      maklumat tersebut dengan
                                                                                      rakan anda.


                           3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.
                 158
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175